Wednesday, 20 February 2013

Jalan2 Setia City Mall & Shah Alam

Hi...everyone..

Last Sunday, sempena dengan keputerian saya, cik eri dengan patuhnya mengikut arahan untuk pergi ke Setia City Mall. Sebelum nak keluar tu, sempat jugak la google shopping complex yg best  n before ni memang ada dalam list nak pegi sana. Kebetulan bila google, ada yg bagi respond kate tempat tu best. So, bile nak msuk kereta tu, ckp la  nak pegi sane. Cik Eri pon gune la Gps utk kami ke sane. 

Sepanjang perjalanan tu sunyi sepi je. xde bual2 pon. Geram sebenarnya dengan die. Sebab hari sebelumnya sepatutnya keluar, sampai merajuk tak makan. Lepas tu lapa la malam tu. Then tak bole tido sambil nangis2 macam budak kecik yg comel.ngeh2...Pagi tu bengkak2 la mata.haha...tak ckup tido + nangis. 

Perjalanan dr KL ke Setia City Mall ni xde la jauh sgt. Sekejap je da sampai. Sampai sana je, kami terus cari tempat makan. Actually teringin nak makan dekat Restoran Full House tp bila kami tengok depan restoran takde tanda Halal n menu2nya macam xberapa yakin. So, tak jadi la makan sana. Jadi, kami pon makan di tempat favourite Cik Eri. Ohh..die sangat teruje makan di Nandos.

Makan-makan kat nandos ni ambik mase lame jgk. Ikutkan memang nak spend time lame sikit dekat nandos ni. Yela, lepas ni jarang jumpa da. So, nak sembang banyak2la. tp i feel mcm nak marah je bila ada pekeje dekat situ yang nak suruh komen dekat fb...than Cik Eri pon layan jela budak tu. Lame pulak tu.sangat2 mengganggu kami yg tengah sembang ni. Ni bukti yg die kena bg komen tu :


Lepas je Cik Eri bagi komen, kami terus keluar dari Nandos ni. Sebab rase bengang je duduk situ lame2. So, kami pon jalan2 menikmati kedai2 yg ada di sana. Eh ayat!!! menikmati? memang nikmat sangat la datang sana. At first, memang tak ramai orang. Bila da masuk tengah hari, orang makin ramai, kami ni masuk banyak kedai, usha2 barang, than keluar. Bila sejuk sangat, keluar dari mall ni. Sambil tu Cik Eri dipaksa untuk menjadi photographer yang tak dibayar.haha... :) Bila rasa panas, masuk mall balik. Lepas solat je, kami mencari-cari donut big apple. Actually, memang hari tu terpikir da lame xmakan donut ni, then ternampak someone beli donut, so kami pun lawan cari kedai big apple. Yang menang mesti la besday girl. Hihi...beli donut pon 2 ketul je. Tp nasib la beli 2 ketul je. Sebab lepas tu kami beli lagi makanan dekat food court. Heh... makan2 je kejenye. One thing about kami berdua is both suka makan and kalau kami keluar, pasti akan makan lebih dari sekali...Tapi malangnye Cik Eri tetap xgemokkk jugak. Haha...



Duduk dekat food court ni best jugak. Sebab dapat tengok view kawasan Setia City mall ni. Tenang je tempat ni tau. Eh lupa nak bagitau, mee tu sedap la. Sampai habis Cik Eri makan.Hehe... Lepas makan and solat kami bertolak balik ke Shah Alam. Pukul 6 petang baru balik sedangkan kami sampai sana pukul 11 pagi lagi . Huh...lame gler rasenye.

Actually nak pegi jalan2 dekat tasek utk makan lagi. Haha...makan my favourite food...Kopok leko, tapi memandangkan hujan, terpaksala batalkan hasrat tu. So, kami pon pegi ke giant. tak plan langsung pegi giant, tapi tiba-tiba teringat nak beli barang, so kami pon shopping skjap. Lepas pegi giant, pegi makan lagi. Kali ni dekat Rafi Bistro Sek13. Time ni serius da kenyang, so kami order air sambil makan roti ape ntah. Tp xsedap pon n Cik Eri kena jadi mangsa untuk habiskan. Tapi die pon tak mampu.huhu...membazir sungguh...

Sepatutnya, lepas makan kat sane, Cik Eri nak hantar terus balik, tapi tab die habis bateri plak. So die balik sekejap utk cas tab ni. Tab ni penting nak tengok GPS balik ke rumah. Die takot xreti balik rumah die selepas hantar besday girl ni. Nak tak nak balik dulu cas tab. Besday girl duduk dalam kete layan lagu jiwang sementara tunggu Cik Eri solat n cas hp...

Sepanjang Cik Eri hantar balik, kami sembang tak henti-henti. To be honest, saya tersangat la sedih. Sedih sangat. Sebab Hairie da nak balik Penang. Nak kerja sana. Pastinya kami akan jarang jumpa lepas ni. Rasenya ni la 1st time, perasaan sedih sangat bila berpisah. Yes!...kami terpaksa berpisah sementara sebab masing2 ada komitmen untuk berjaya dalam kerjaya masing2...

1 je harapan saya, agar hubungan ni berkekalan walaupun Hairie jauh di sana..& saya sentiasa menunggu saat tu. Semoga Allah permudahkan urusan kami. Ameen...Sekian

1 comment:

  1. Caesars Entertainment announces partnership with slot machine
    Caesars Entertainment Inc. ("Caesars") today announced a 천안 출장안마 partnership with slot machine manufacturer 울산광역 출장안마 and operator William Hill 과천 출장안마 International. In 논산 출장마사지 addition 수원 출장마사지 to its

    ReplyDelete