::Jangan berlakon baik dan menyayangi seseorang, jika itu semua hanya kepalsuan ::
:: Perkara yang paling kejam adalah membiarkan seseorang jatuh cinta sedang kan kamu tidak mencintainya ::
Kenapa kita perlu bangun dari kegagalan???
Suatu hari seseorang yang sedang putus cinta menangis di taman.Datang seorang ahli falsafah bertanya padanya"Kenapa kamu menangis"
Orang itu menjawab "Aku sangat sedih,kenapa dia meninggalkanku"
Lalu ahli falsafah itu tertawa dan berkata "Kamu sangat BODOH"
Lalu orang itu menjawab "Kenapa kata begitu?Aku sedang putus cinta dan sudah cukup menyedihkan.tak apalah kamu tidak mahu memujukku..tapi jangan mentertawankan ku..
"Bodoh...kamu tidak perlu sedih,kerana yang seharusnya sedih adalah dia",kata ahli falsafah itu
"Kenapa dia yang bersedih,bukankah dia yang meninggalkan aku"
"Kamu hanya kehilangan orang yang TIDAK mencintaimu..tetapi dia kehilangan orang yang SANGAT mencintainya",kata ahli falsafah itu.
- Janganlah kita tangisi perpisahan dan kegagalan bercinta, kerana pada hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kita dan dia bertemu, dan atas limpahan kasihNya jua kita dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi.
- Dalam sebuah percintaan, janganlah kamu sesali perpisahan tetapi sesalilah pertemuan. Kerana tanpa pertemuan tidak akan ada perpisahan. Menikahlah dengan orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada menikahi orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.
- Ibaratkalah kehilangan cinta itu seumpama hilangnya cincin permata di lautan luas yang tiada bertepi dan harus dilupakan.
.....................................................................................................
selamat tinggal cinta?
ReplyDeleteagak pelik disitu... :P
ape yg pelik...?xphmla.bukan merujuk kp cik eri la
ReplyDelete