Sunday, 28 August 2011

* Shopping raya *

Salam to all readers...

Hari ni da msuk hari ke 28 kite semua berpuasa.erm tgl lg sehari je kita akan berpuasa...sekejap je masa berlalu...teringat ceramah seorg ustaz dkt radio,...mcm mane xrase cpt klau asyik tido je.pg tdo, tghari tido ,ptg tido...nk dkt berbuka baru bgn.haha... mmg xterasa lame la kn. (cm terkena je hu3...)

Ok hari ni p shopping hari raya.da lame xkuar p jalan2 pas da xkeje ni.dok rmh je. so bl kwn ajak p shopping kat teluk intan, mmg xlepaskn peluang la.lgpon mmg plan nk beli tudung.

Ok sblm nk smpai pekan, ttbe jln jam la plak.erm...rupe2nye ada accident...nsb xde kematian n xteruk sgt.smpai2 je t.intan...fuh kete pnye la byk...oh rupenye ada pasar pagi...ok ktorg pon p jgk pasar 2.dpt jgk beli kemeja.ha3...cm xd kaitan ngn raya kn? tp da berkenan sgt.beli je la.lgpon murah n lawa.berbaloi la.
kwn plak smpat rembat 1 baju raya...lawa lorh...serius.xsbr tgk makcik 2 pkai =)

Ok than ktorg pg bazar kat menara condong. pns sgt2 la.pusing2 xbeli2 jgk.ha3...than da pns p la kompleks menara cndong...ada la beli brg ckit2...sblm nk p masjid, skali lg ktorg p bazar menara cndong.sbb misi cri tudung xbejaye lg.pusing2...jmpe jgk wlupon cm xbes je.belasah je la jnji beli.he3...

Ok kerana penat yg melampau...ktrong rest skjp dkt masjid...sakit kaki dek kerana pkai kasut 3inci.hi3...
dlm area kul3...baru la p jln2 balik.kali ni p celcom centre n de store...dkt de store...lame jgk  la.coz cik lin yg kaye 2...beli byk brg...ha3...biasa la OKB kne blnje byk. =)

last skali kitrong p Billion tuk beli brg2 rmh...
than BALIK....sgt la pnt.Tp alhamdullilah...misi berjaye n duit jgk byk hbis.haha...
Conclusion : rmai sgt org ber shopping last2 day b4 hri raya..p mane2 je,pnuh dgn lautan manusia...smpai ada makcik 2 ckp..."dok kl xnk plak shopping, da balik kg ni baru nk shopping"   hehe...=)

sekian...

Monday, 22 August 2011

What matters most is how you see yourself


Kita semua mempunyai keupayaan untuk melakukan perkara-perkara yang hebat, tetapi untuk mencapai ke tahap itu, kita perlu percaya pada diri sendiri  dan  berusaha untuk menjadikannya satu kenyataan.

kita harus berani untuk mempunyai impian besar dan tahu bahawa kita mampu membuat impian itu menjadi kenyataan. Jangan biarkan orang lain membuat kita berasa kurang daripada apa yang kita miliki.
 JUST BELIEVE IN YOURSELF. WE CAN DO IT =)

Monday, 15 August 2011

Selamat Tinggal C.I.N.T.A

:: Jangan hadir dalam hidup org lain, kalau kehadiran kita hanya untuk menghancurkan perasaannya :: 

::Jangan berlakon baik dan menyayangi seseorang, jika itu semua hanya kepalsuan :: 

:: Perkara yang paling kejam adalah membiarkan seseorang jatuh cinta sedang kan kamu tidak mencintainya ::

Kenapa kita perlu bangun dari kegagalan???

Suatu hari seseorang yang sedang putus cinta menangis di taman.Datang seorang ahli falsafah bertanya padanya"Kenapa kamu menangis"

 Orang itu menjawab "Aku sangat sedih,kenapa dia meninggalkanku"

 Lalu ahli falsafah itu tertawa dan berkata "Kamu sangat BODOH"

 Lalu orang itu menjawab "Kenapa kata begitu?Aku sedang putus cinta dan sudah cukup menyedihkan.tak apalah kamu tidak mahu memujukku..tapi jangan mentertawankan ku..

 "Bodoh...kamu tidak perlu sedih,kerana yang seharusnya sedih adalah dia",kata ahli falsafah itu

 "Kenapa dia yang bersedih,bukankah dia yang meninggalkan aku"

 "Kamu hanya kehilangan orang yang TIDAK mencintaimu..tetapi dia kehilangan orang yang SANGAT mencintainya",kata ahli falsafah itu.

  • Janganlah kita tangisi perpisahan dan kegagalan bercinta, kerana pada hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kita dan dia bertemu, dan atas limpahan kasihNya jua kita dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi.
  • Dalam sebuah percintaan, janganlah kamu sesali perpisahan tetapi sesalilah pertemuan. 
    Kerana tanpa pertemuan tidak akan ada perpisahan. Menikahlah dengan orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada menikahi orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.
  • Ibaratkalah kehilangan cinta itu seumpama hilangnya cincin permata di lautan luas yang tiada bertepi dan harus dilupakan. 
.....................................................................................................


Sunday, 14 August 2011

* Panduan menggunakan facebook secara bijak *

Salam to all readers...
Pagi2 da bosan  tak tau nk buat ape, ternampakla majalah Milenia Muslim. Rase tertarik dgn tajuk yg dibincangkan berkaitan laman sosial ni. Salah 1 nya,  Panduan menggunakan facebook secara bijak...




Antaranya:
  • Jangan letakkan alamat atau emel dan nombor telefon.
  • Saring terlebih dahulu gambar yg ingin dimuat turun.
  • Fahami bagaimana sekuriti facebook dengan sepenuhnya dan gunakan ia sebaik mungkin.
  • Jangan menerima "Friend Request" daripada individu yang tidak dikenali.
  • Sentiasa beringat untuk log keluar akaun facebook anda terutama jika menggunakan komputer awam.
  • Kawal siapa yg bole melihat maklumat peribadi anda.
  • Jangan kongsi "password" dengan sesiapa.
  • "Block" pengguna yg menghantar maklumat yg tidak diingini.
  • Berfikir dahulu sebelum "clicking" sebarang pautan.
  • Pilih "password" yg sukar dan selalu mgubahnya.
  • Selalu bersikap curiga dengan sebarang kuiz yg meminta kebenaran untuk mendapatkan maklumat anda walaupun ia kadang kala seperti tidak berbahaya.
wallahualam...=
......................................................................................................

Saturday, 13 August 2011

Best sangat ke main games komputer???

Salam to all readers...

Pertama skali, sy nk tya korg ckit...Best sangat ke main games komputer???


Main games komputer ni dah jd hobi atau kegilaan ramai org.xkira la, tua or mude.bdk2 kcik pon da pndai main. kkdg xpyh ajar..dorg lg expert dr org dewasa.
Igt memori time mgajar sbjct ICT.Boleh plak bdk2 ni tya "cikgu,klau siap cepat boleh main games x?"..."ishhh main games je kejenye...klau kat rmh da main games, kat sekolah kne blaja la plak.."huh...ni la bebelan wk2 dl2..

Kuatnye pengaruh games kn? kita pg mane2 pn boleh tgk org main games.kat tmpt keje...erm...bole pcaye ke klau xmain games...huh...kkdg sggp balik lambat sbb nk main games.

Kat Malaysia ni, permainan games...punyela byk.xtau la bpe thn boleh hbiskn main games ni.tp2 hari ada je games baru kluar.

Org yg fanatik main games ni boleh lupa utk makan,solat n tido, semata2 nak main games.Sampai cm2 sekali.huhuhu...nauzubillah min zalik 

berdasarkn beberapa survey...ada yg bg jwpn knp best main game ni...
Antaranye:

  • improve english...sbb bl main game on9, kne ckp bhase omputih ni.
  • Melatih otak berfikir cthnye utk cari strategi berperang, malah ia dpt membantu utk mencergaskan otak
  • Mengisi masa lapang, dr buat bnde yg xberfaedah...baik main games.
  • Release Tension 
Erm..mcm2 la reason...ia terpulangla pd individu.Tepuk dada,tanya la diri sndiri.
Main game ni ada pro n kontranye.Hanya kita yg mampu mgawalnye sndiri...

wallahualam =)
..................................................................................

Be happy.  It's one way of being wise.  ~Colette

Friday, 12 August 2011

:: Atasi Kulit Kering::

Salam semua...
Kulit kering?erm...rimas la.Sape2 rasa nk atasi masalah kulit kering ni, jom kita try cara ni.
Ada 8 cara nk atasi masalah kulit kering ~

1) Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari. Jika cuaca betul-betul panas, anda perlu minum lebih banyak daripada itu. Sekiranya anda tidak mendapat cukup air dalam badan, ia akan menyebabkan tubuh anda dehidrasi. Minuman seperti kopi dan teh harus diambil secara sederhana sahaja. Ini kerana sebahagian daripadanya akan memberi kesan sampingan yang lain. Sebagai contoh kopi boleh membuatkan kulit anda bertambah kering dan ia juga mungkin menyebabkan masalah kulit yang lain seperti jerawat.
(2) Makan makanan berkualiti tinggi yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Elakkan makan kanji, gula, makanan ringan, kentang goreng dan kerepek kentang secara berlebihan kerana ia juga boleh membawa kepada dehidrasi kulit.
(3) Elakkan daripada pengambilan alkohol dan rokok kerana ia merupakan punca utama yang menyebabkan masalah kulit kering.
(4) Elakkan daripada berada didalam tempat yang berhawa dingin untuk satu jangka masa yang lama. Ini adalah kerana penyaman udara sebenarnya akan menyebabkan udara menjadi kering. Ia akan memberi kesan dehidrasi terhadap tubuh anda walaupaun suhu persekitaran sejuk.
(5) Basuh muka anda tidak lebih dari dua kali sehari dengan pembersih muka. Cucian yang lebih kerap boleh mengeringkan lagi kulit muka anda.
(6) Cuba untuk mengetahui jenis masalah kulit muka anda, berminyak atau kering. Ini akan membantu anda untuk memilih produk penjagaan dan solekan yang betul. Penjagaan sepatutnya menyegarkan kulit dan bukannya mengeringkan lagi kulit. Jika kulit anda berasa tegang atau ketat pada waktu tengah hari, ia mungkin bermakna produk yang anda gunakan tidak bersesuaian.
(7) Cuba untuk mendapatkan 8 jam tidur pada waktu malam. Tidur yang secukupnya sangat membantu dalam mengekalkan tahap kelembapan kulit. Pastikan bilik anda dapat pengudaraan yang bersih.
(8) Tekap kulit muka anda menggunakan tuala secara perlahan-lahan apabila sudah selesai mencuci muka. Elakkan daripada menggosokkan muka kerana ia akan meanggalkan minyak muka yang diperlukan untuk menjaga kelembapan kulit.
~selamat mencuba~


:: kalau tips kat atas da berjaye...no Eucerin Again ::

Walaupun kita jauh, tapi...


~PENANG VS PERAK~

dtg dr negeri yg berbeza 
Agak jauh jgk...kne berenang dulu...baru boleh smpai Perak...he3

TAPI...walaupun jauh...dari dulu sbnrnye kami pernah stdy kat tempat yg sama

~STUDENT TEKNIK~
sekola teknik mmg la berbeza,tp dlm 1jbtn teknikal jgk...so kira same la.Jurusan plak, kompen2 berbeza.Yg sorg ni suke sgt elektrik...yg sorg lg akaun...wlupn lain jurusn tp ntah cmne leh minat sbjek yg same.sbjk ape??? "Add math"...hahaha...still xleh lupe when mr.Jimmy ask me "minat add math?,dl SPM dpt pe?"soaln cm belagak kn?xtau la plak die ni hebat add math n math.Belagak sungguh !!! n rasa tercabar...klau la SPM bole diulang semula...mmg nk fight ngn die nih...LOL

~STUDENT MATRIX~
Lepas teknik...msg2 masuk matrix..smela cm teknik, matrix pon lain2..tp da dkt2 la 2..kedah n perlis.tp time 2..mmg xjmp lg...

~STUDENT UiTM SHAH ALAM~
Segala-galanya bermulanye di sini...
Terima kasih kerana menjadi "sahabat" sepanjang kita bergelar mahasiswa di UiTM..begitu menghargainya =)

Kini...walaupun kita jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan aku

kekuatan cintakan tak kan pernah rapuh
percayakan kesetiaan ini
pada ketulusan AISHITERU
..............................................

That's when 143


Thursday, 11 August 2011

"Segalanya bermula disini "



perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapanku agar kita kan bahagia selalu

Padaku engkau penghibur duka
Pengubat hati resah kecewa
Dikala malamku kau bawa cahaya

Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan ku lupa
...............................
To the world you may be one person
but to me you are my world  
♥♥♥




Implementation of the Goods and Services Tax (GST) in Malaysia...

Salam to all readers…

Alhamdulillah…sedar xsedar da 11hari da kite berpuasa. Really… time very fast...~~
Tgl sebulan je lg mase utk bercuti n bertenang. After this…I will start with new journey…journey to do my project paper for complete my study…it looks interesting right?

Tajuk da submit to my supervisor…tp approved or not its depend on him. mybe he will suggest  a better topic for me.juz wait n see.But now I start finding some journal n articles to this project paper.
Title? Implementation of the Goods and Services Tax (GST) in Malaysia : …(tjuk not complete yet)

Actually, quiet difficult jgk tajuk ni.sbbnye…Malaysia bru nk buat.klau cri jurnal n artikel mmg byk dr oversea.xkesahla.jnji ada sumber rujukan kn?klau xde mmg xleh run la topic ni. Yg menjadi persoalan n tnda tya..nk buat persepsi rakyt msia or thp pgetahuan rkyt msia tntg GST ni.2la kne discuss ngn my supervisor…skrg ni time utk phm kn ape 2 GST.

Rasenye rmai sgt org yg xtau ape 2 GST. Org kate kite hya akan phm ia da dilaksanakn.hah…bl Msia da btol2 laksanakn brula kite nmpk,ape 2 GST.skrg ni…kite leh bce je ape 2 GST.

Honestly…slps membce beberapa artikel bkaitan GST…As Malaysian…GST patut dilaksankn utk meningkatkn hasil negara. As we know..more than 70% Msia’s Income comes from tax…myb lps GST dilaksanakn…income Msia akn trus mningkat la kn..(wait n see jela)

Td sbg Malaysian…skrg ni if kite letakkn diri kite sbg “customer” pulak…hahaha…surely la…im de 1st person xkn setuju.sbb pe? Harga barang akan naik.sejauh mane akn naik?2 xtaula…kite nantikn la bl da dilaksnakn nnt…

Lastly..” im not totally agree kalau org katakan gst ni affect orang yang kaya sahaja.  Gst applies kepada semua. Skrg ni angan2 nk beli barang mhl semakin jauh utk digapai…huh.

~Jam ni mkin mhl kott ~

Namun, I think…one day Gst  tak dapat dielakkan.  In de future, kerajaan terpaksa beralih kepada sistem Gst.  sistem tax yang ada sekarang ni tak efektif.
Erm, biasanya bila Gst dikenakan, percukaian individu akan dikurangkan...  sepatutnya begitulah”

 WauAllahhualam :)
Sekadar pendapat peribadi…ia wajar dikongsi bersama kn 

Friday, 5 August 2011

:: Edisi Ramadhan:

Salam Semua...


Harini nk share ckit berkaitan dgn bulan ramadhan

  • Ganjaran Puasa pd bulan Ramadhan





  • Fadilat & Kelebihan Solat Tarawih

Malam ke 1 
Diampuni dosa-dosa orang yang 
beriman sebagaimana keadaannya 
baru dilahirkan. 

Malam ke 2 
Diampunkan dosa orang-orang yang 
beriman yang mengerjakan solat 
Tarawih, serta dosa- dosa kedua ibu 
bapanya. 

Malam ke 3 
Para malaikat di bawah 'Arasy 
menyeru kepada manusia yang 
mengerjakan solat Tarawih itu agar 
meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan 
mengampunkan dosa-dosa mereka. 

Malam ke 4 
Orang-orang yang mengerjakan solat 
Tarawih akan memperolehi pahala 
sebagaimana pahala yang diperolehi 
oleh orang-orang yang membaca 
kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan AlQuran. 

Malam ke 5 
Allah S.W.T akan mengurniakan 
pahala seumpama pahala orangorang yang mengerjakan 
sembahyang di Masjidil Haram, 
Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa. 

Malam ke 6 
Allah S.W.T akan mengurniakan 
kepadanya pahala seumpama pahala 
malaikat-malaikat yang bertawaf di 
Baitul Makmur serta setiap batu dan 
tanah berdoa untuk keampunan 
orang-orang yang mengerjakan 
tarawih malam itu. 

Malam ke 7 
Seoalah-olah ia dapat bertemu 
dengan Nabi Musa a.s serta 
menolong Nabi itu menentang 
musuhnya Fir'aun dan Hamman. 

Malam ke 8 
Allah S.W.T mengurniakan pahala 
orang yang bersolat tarawih 
sebagaimana pahala yang 
dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s. 

Malam ke 9 
Allah S.W.T akan mengurniakan 
pahala dan dinaikkan mutu ibadat
hambaNya .

Malam ke 10 
Allah SWT mengurniakan kepada 
kebaikan dunia dan akhirat. 

Malam ke 11 
la meninggal dunia didalam keadaan 
bersih dari dosa seperti baru 
dilahirkan. 

Malam ke 12 
la akan dibangkitkan pada hari 
kiamat dengan muka yang 
bercahaya-cahaya. 

Malam ke 13 
la akan datang pada hari kiamat di 
dalam keadaan aman sentosa dari 
sebarang kejahatan dan keburukan. 

Malam ke 14 
Malaikat-malaikat akan datang 
menyaksikan mereka bersolat 
Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan 
menyesatkan mereka. 

Malam ke 15 
Semua malaikat yang memikul Arasy 
dan Kursi akan berselawat dan 
mendoakannya supaya Allah 
mengampunkannya.
Malam ke 16 
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari 
kalangan mereka yang terlepas dari 
api neraka dan dimasukkan ke dalam 
syurga. 

Malam ke 17 
Allah S.W.T menuliskan baginya 
pahala pada malam ini sebanyak 
pahala Nabi-Nabi. 

Malam ke 18 
Malaikat akan menyeru: Wahai 
hamba Allah sesungguhnya Allah 
telah redha denganmu dan dengan 
kedua ibu bapamu (yang masih hidup 
atau yang sudah mati). 

Malam ke 19 
Allah S.W.T akan meninggikan 
darjatnya di dalam syurga firdaus. 

Malam ke 20 
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya 
pahala sekelian orang yang mati 
syahid dan orang-orang soleh.

Malam ke 21 
Allah S.W.T akan membina untuknya 
sebuah mahligai di dalam syurga 
yang diperbuat dari cahaya. 

Malam ke 22 
la akan datang pada hari kiamat di 
dalam keadaan aman dari sebarang 
huru-hara pada hari tersebut. 

Malam ke 23 
Allah S.W.T akan membina untuknya 
sebuah bandar di dalam syurga 
daripada cahaya. 

Malam ke 24 
Allah S.W.T akan membuka peluang 
untuk dua puluh tahun ibadat bagi 
orang-orang yang mengerjakan solat 
Tarawih pada malam tersebut. 

Malam ke 25 
Allah S.W.T akan mengangkat seksa 
kubur darinya. 

Malam ke 26 
Allah S.W.T akan mengurniakan 
pahala empat puluh tahun ibadat 
bagi orang-orang yang mengerjakan 
solat Tarawih pada malam tersebut. 

Malam ke 27 
Allah S.W.T akan mengurniakan 
kepadanya kemudahan untuk 
melintasi titian sirat sepantas kilat. 

Malam ke 28 
Allah S.W.T akan menaikkan 
kedudukannya seribu darjat di 
akhirat. 

Malam ke 29 
Allah S.W.T akan mengurniakan 
kepadanya pahala seribu haji yang 
mabrur. 

Malam ke 30 
Allah S.W.T akan memberi 
penghormatan kepada orang yang 
bertarawih pada malam terakhir 
dengan firman-Nya (yang 
bermaksud): Wahai hambaku!, 
makanlah segala jenis buah-buahan 
yang Engkau ingini untuk dimakan di 
dalam syurga dan mandilah kamu di 
dalam sungai yang bernama salsabil 
serta minumiah air dari telaga yang 
dikurniakan kepada Nabi Muhammad 
s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

`~ Renung2 kn & Selamat Beramal =) ~