Thursday, 18 June 2015

Pengalaman bersalin di hospital kepala batas

Alhamdulillah...hari ni dah masuk hari ke27 berpantang. Oh hari hi jugak 1st ramadhan.  Memang tak dapatlah nak berpuasa. Bertabahlah anim nak ganti nanti.huhu

Oklah, dulu aku try cari orang review bersalin dekat hosp. kepala batas. Tapi tak jumpa pulak. Kebetulan aku dapat bersalin dekat hospital ni. Bolehlah aku review serba sedikit. Boleh la jugak jadi rujukan siapa yg nak bersalin kat sini nanti.

Sebelum tu aku nak inform awal2.kat sini (masa aku bersalin) still tak ada doc pakar.
So kalau 1st baby atau siapa2 yg bermasalah memang tk digalakkan bersalin dekat sini. Aku pun 1st baby, bila pegi klinik ramai advice bersalin dekat hos.seberang jaya sebab ramai pakar & aku 1st baby.Tapi sebab banyak sangat cerita tak best tentang hosp ni. Aku jadi takut pulak. So option yang ada tinggal k.batas atau bukit mertajam. Aku pilih hosp k.batas since hosp b.mertajam parking susah sikit. Aku tawakal jela bila dah pilih hospital tak ada pakar ni.

21/5/2015

Kalau ikutkan hari ni due bersalin.Stress jugak tak ada tanda2 nak bersalin. Malam tu sebelum tido, aku buat la exercise sikit. Laki aku tengok gelak2 je.  Macam2 aku buat. Nak bagi cepat baby keluar.hihi...
Malam tu jugak sebelum tido rasa perut tak selesa.Tapi tak sakit pun.

22/5/2015

Dalam pukul1am, aku terjaga untuk pergi tandas. Rasa sakit perut jugak, tapi tak ada keluar apa2 pun. Pkul2am terjaga lagi & pergi tandas lagi. Terkejut tengok dah ada darah keluar. Kejutkan suami bagitau.  Dia pun kelam kabut la nak suruh siap2.Aku cakap still boleh tahan lagi. Tak sakit sangat. Mesej kak ipar, tanya patut ke pergi hospital. Dia advice pergi untuk check. Setiap orang kan tak sama nak bersalinnya. Ada yg cepat & ada yg lambat. So, aku pun siap2 la nak pergi hospital.

Pukul3 lebih macam tu kami gerak ke hosp. Sebelum tu pergi drive thru Mcd dulu. Nak alas perut la konon. Padahal hati dah berdebar2.Pkul4 macam tu dah smpai hosp. Lepas makan. Kami pun terus pergi ke tempat bersalin. Guard ambikkan kerusi roda untuk aku. Aku cakap kat guard tu, tak payah la.aku tak sakit lagi pun. Dia suruh jugak naik kerusi roda.1st time naik. Huhu...

Sampai je dekat bahagian bersalin, nurse ambik details & suruh aku tukar baju. Aku dah macam tercengang. Cepatnya nak kena tukar baju, padehal belum check lagi. Nurse kata "awak kira dah admit la ni" perasaan aku time ni, tak tau nak cakap. Blur & sedih rasanya. 1st time kena duduk hosp.

Lepas tukar bju, nurse check. Dia cakap tak ada bukaan lagi. Sedih la jugak. Tak ada bukaan lagi. Yang aku dah menyerah diri masuk hosp. Nurse cakap kite pantau 24hours dulu.Kalau tak ada perubahan, boleh discharge. Sepanjang hari aku duk hosp sakit boleh tahan lagi.

Petang sikit dalam pukul3 macam tu, suami baru datang. Time ni aku rasa contraction setiap 15 ke 10 minit. Setiap kali sakit aku pegang tangan suami aku & tarik nafas.

Malam pulak time solat magrib, sakit makin kuat. Biasa aku baca yassin lepas solat.Tapi malam tu memang dah tak larat.Sempat solat hajat je. Bila contraction datang rasa nak nangis. Time ni aku rasa contraction setiap 5minit dah. Lepas solat, aku duduk dekat sofa hosp. Ada beberapa patient lain. Tapi semua bukan nak bersalin. Tapi sebab gdm & uri bawah. Kakak tu siap cakap, esok pagi tengok awak dah dengan baby. Aku pulak boleh cakap macam tak je.

23/5/2015

Malam dalam pukul1 lebih pagi, aku cakap dengan nurse, suruh check bukaan. Sebab aku dah sakit ni. Check2 baru 2cm. Dalam hati aku, dah sakit sangat pun baru 2cm. Tahan jela sakit. Malam ni dah tak boleh tido.

Pukul3 lebih aku suruh check lagi. Baru 4cm. Lamanya nak tunggu 10cm kalau macam ni. Pagi dalam pukul5 lebih, aku suruh check lagi,  bukaan baru 5cm. Huwaa...lamanya rasa. Tapi aku dah mesej suami suruh datang sebab pagi nanti aku nak masuk labor room dah. Pagi tu nurse pesan suruh makan banyak sikit.Tapi aku larat makan berapa sudu je nasi lemak & kurma. Solat subuh pun atas katil je.tak larat sungguh rasanya. Pagi tu suami aku dah sampai. Tapi dia boleh masuk bila aku dah ditolak ke labor room. Pukul8 lebih pagi nurse check bukaan dah 7cm. So aku dah boleh masuk labor room.

So aku pun suruh suami aku masuk. Ingat boleh la dia terus masuk labor room,  sekali nurse kata tunggu sampai kepala baby nak keluar. Suami kena tunggu dekat pintu labor room  dulu. Kesian kat dia. Aku pun rasa down tak ada dia.

Dalam labor room nurse pasangkan ctg dulu, baru beberapa minit pasang aku dah jerit kat nurse cakap tak boleh tahan.nak teran dah ni. Nurse pun siap2 kelengkapan nak bersalin.

Sebenarnya aku pun tak tahu bila nurse pecahkan air ketuban. Sebab contraction kuat sangat. Tapi yang pasti aku teran bila nurse cakap teran. Time ni la episod ngeri bagi aku. Bukan apa, aku tak reti teran. Tak tau berapa puluh kali teran.tak jugak baby keluar. Sampaikan dari 2 nurse jadi 5 nurse & seorang doc. Ya Allah, aku memang dah tak ada upaya. Yang aku ingat nurse kata:

"Teran cepat baby dah nampak rambut ni"
"Baby awk dah lemas cepat teran"
"Tadi nak sangat teran, sekarang nape tak teran"
"Cepatlah dah lama sangat ni, tarik nafas panjang, tengok perut, punggung jangan angkat"
"Allahuakbar! Allahuakbar!"
"Sikit lagi,  haa pandai pun"

Macam2 lagi la kot kata2 semangat nurse. Aku pulak boleh request nak oksigen & vacum. Tapi nurse kata tak ada.nurse ada discuss cakap kalau hantar seberang jaya tak sempat ni.huuuu...susah hati aku time tu. Nak nangis rasanya.Selama sejam lebih aku cuba teran. Nurse pon tolak perut aku kuat2. Alhamdulillah sangat baby selamat dilahirkn pada pukul10.37am. Baby keluar pun nurse2 terus bawa lari bagi bantuan oksigen. Sian baby, ni gara2 maknya tak reti teran. Tapi sebelum ni nurse tanya aku, bayi awak. Aku jawab "perempuan"

Lepas tu proses keluarkan uri & menjahit luka. Jujur aku katakan, jahit ni sakitnya tak tertahan.Hampir 2 jam berjahit. Sakit sangat rasanya proses jahit tu tu.Bius tak rasa langsung. Dalam pukul12 lebih baru selesai. Time kluar dari labor room, baby nurse letak sebelah aku. Perasaan time rasa terharu sangat
Ya Allah dah jadi ibu aku ni. Senyum je aku tengok baby.hihi

Lupa nak cerita pasal suami aku. Kesiannya la kat dia. 3 jam tunggu kat luar. Tanya nurse yang masuk labor room semuanya tak ada response.  3jam tak boleh duduk mengenangkan aku & baby. Dia dengar suara dekat labor room je.nurse tak bagi masuk sebab keadaan aku kritikal. Aku pun sedih dia tak dapat masuk sebenarnya.

Lepas aku & baby keluar dari labor room, suami aku iqamat & azankan baby. Alhamdulillah segalanya selesai. Petang tu jugak, family mertua datang lawat aku.

Secara keseluruhannya, hosp kepala batas dari sudut layanan staff & wad bersalin selesa & baik. Cuma kurangnya tak ada pakar sahaja. Lepas ni klau nak bersalin dekat sini,  make sure kena belajar teran dulu.hihi

Inilah kurniaan terindah dariNya.
HAYFA ZULAIKHA BINTI MUHAMAD HAIRIE

Semoga menjadi anak yang solehah sayang.
Semoga kamu sentiasa lembut dalam percakapan & tingkah laku. Menjaga kecantikan diri bukan sahaja luaran tapi juga dalaman.
Ibu & abah loves you so much 💜💜💜