Wednesday, 22 April 2015

Majlis kahwin jimat & dikenang selamanya

Assalammualaikum...

Lama sangat rasanya tak menulis dekat blog ni. Lebih setahun dah tak menulis.
Apa-apa pun rasa tergerak hati nak share majlis nikah & kahwin kami. Kahwin pun dah lame sangat. Rasa dah basi dah. Tapi baru hari ni nak share.

Tahun 2015 ni ramai jugak kawan yang baru kahwin, sembang2 dengan diaorang bajet kawen tahun ni, sampai habis duit simpanan + ada jugak yg buat personal loan. Huhu... bab loan tu memang rasa macam tak berbaloi sangat, dengan interest tinggi lagi. Tak sanggup mak jemahh :(

Kami kahwin 7 Jun 2014. Nikah & Majlis kahwin buat dekat rumah.Senang 1 hari je. Semuanya dalam bajet yang terkawal. Dekat bawah ni senarai kos2 kahwin kami:

  1. Katering : 700 tetamu x RM7        = RM4,900
  2. Khemah : 3 x RM150                    = RM450
  3. Sewa aksesori kahwin                   = RM570
  4. Baju kahwin (nikah + sanding)     = RM1,000
  5. Goodies                                         = RM1,500
  6. Kad Jemputan                               = RM250
  7. Lain-lain                                       = RM1,000
  8. Barang hantaran                           = RM1,700 


KATERING

Untuk katering kahwin ni, per head RM7. So kami ambil 700 tetamu. Jumlah semua RM4,900.
Lauk ada 4, buah oren & air.
Alhamdulillah, kawan-kawan cakap lauk sedap & siap mintak bungkus lagi.Hihi..
Thanks juga dekat kakak yang sponsor bayar catering ni. Terharu betul. Sob3


SEWA AKSESORI KAHWIN

Sewa aksesori kahwin ni, memang rasa mahal la. Sebab tak sempat nak survey semua butik even butik kahwin sangat la banyak.  Time decide nak ambil dengan butik ni, tak fikir harga dah. Cuma fikir kena selesaikan cepat je. Ok, aksesori merangkumi crown & rantai untuk perempuan.Untuk lelaki aksesori lelaki + sampin & tengkolok. Kerusi pelamin, kipas, payung, pintu gerbang & make up resepsi kahwin. Pelamin buat sendiri. Sebab mak memang tak bagi ada pelamin. Jadi buat untuk tangkap gambar je. Ni kakak yg buat. Balik2 tengok semua dah siap.

 Bunga dah nak jatuh, tak ada siapa betulkan.Huhu

BAJU KAHWIN NIKAH & RESEPSI

Untuk baju nikah kami pilih warna cream & resepsi warna pink belacan.
Total untuk kain baju sahaja : RM500
Tempahan dua pasang baju lelaki & perempuan: RM500
Jenis kain kalau tak silap kain silk. Semua beli dekat Jakel. Senang 1 tempat je. Untuk kain lace baju perempuan pulak beli dekat Tanah Abang Jakarta. 
Simple je baju kami ni. Tapi Alhamdulillah puas hati.Husband memang tak nak pakai baju pink, tapi dia kena akur jugak sebab wife dia dah terbeli warna pink time shopping dekat tanah abang. Hihi..

Baju nikah

 
Baju resepsi

GOODIES

Goodies untuk bagi dekat tetamu semua mak yang uruskan. Tapi untuk bagi dekat pihak lelaki & kawan, ada tambahan sejadah beli dekat Mydin. Dapat murah jugak untuk sehelai sejadah sebab beli 80 helai. Kakak pun ada sponsor jugak untuk kanak-kanak.
Kerja-kerja packing ni semua kakak2 yang settle kan. Balik2 kampung tengok semua dah siap. Bertuah punye adik :)


KAD JEMPUTAN & BUNTING

Kad kahwin tempah 500 keping. 1 keping RM0.40. Untuk bunting pulak RM50.
So total semua RM250. Bunting tu mahal sebenarnya. Tapi dah tempah terus dengan kad, redha jela.


LAIN-LAIN

Lain-lain ni termasuklah cadar, carpet, hand bouquet & bunga pelamin.
Alhamdulillah semua ni still masih dalam simpanan. Tak terasa membazir pun sebab cadar & carpet still guna lepas kahwin. Selain itu kos lain untuk  kek 2 tingkat, gaun untuk anak2 buah 3helai, guestbook & buku istimewa untuk husband.





HANTARAN

Hantaran termasuk semua perhiasan & barang hantaran tak lebih RM2K. Bagi barang2 yang akan guna je. Sesetengah orang akan bagi smartphone, lappy, kamera. Untuk kami smartphone& lappy memang masing2 ada, jadi tak payah la nak bagi sebagai hantaran. Lagi pun kami fikir, tak akan la  semua nak bagi time kahwin. Habis duit beribu2 sekelip mata je. Hantaran macam dekat bawah ni. Simple sangat.











Keseluruhannya puashati dengan majlis kahwin ni. Yela akan dikenang sepanjang hayat. Sekali seumur hidup InshaAllah. Cuma majlis ni dirancang terlalu singkat.

Kami bertunang pada 29 Mac 2014. Ada 2 bulan lebih sahaja persiapan untuk kahwin. Bermula ujian HIV & proses hantar borang kahwin dibuat terus selepas bertunang. Bulan April memang terpaksa selesaikan semua yg penting memandangkan bulan 5 masa sudah suntuk & 2minggu terpaksa outstation oversea.

Actually majlis kahwin ni, family sangat2 membantu. Boleh imagine bulan 4 kena make sure semua yang penting termasuk tempahan baju, borang nikah & kelengkapan kahwin settle. Yang lain2 macam catering, goodies, khemah, hiasan hantaran, homestay untuk pihak lelaki semua family yang uruskan. Rasa terharu sangat2. Kadang-kadang tu ada rasa macam sedih jugak sebab xbanyak involve untuk wedding sendiri. Apa-apakan pun, semuanya selesai dengan baik. Duit simpanan pun x usik untuk wedding ni. Alhamdulillah sangat2.

Moga perkahwinan ini berkekalan selama-lamanya. Amin.