Sunday, 21 July 2013

Journey to Sabah

Assalammualaikum...

Actually, entry ni da lame buat.Tapi baru suku je ^-^

Malam ni ada mood nak habiskan. Tujuan nak update cerita pasal sabah ni pun sebab nak jadikan memori buat diri sendiri, sebab lepas ni tak tahu la bila lg akan ke sana knnn...

1st time pergi Sabah. Pergi untuk bekerja ok!!!

Actually, tahap excited nak pegi sabah tak la keterlaluan, even 1st time nak pegi sana. Tak tahu la kenapa. Tapi saya faham, ini tugas. So kena la travel sana. Cewahhh.

Perjalanan ke sana take 2 & half hours. 

Departure time from LCCT (11/4/2013) : 6.30am
(Sampai lambat dekat LCCT dek kerana tunang kawan yang ambik tak dapat keluarkan keretanye...double park. So kami lambat smpai LCCT dalam pkul 6 am...trus masuk departure hall since kami da check in by online. selamat tak tertinggal flight, kalau x, confirm nangis...huhu)

Sampai Sabah dalam pkul 9 am. 1st time naik Air Asia, jauhnya dia landing. So kena jalan jauh masuk airport. Sampai sana kena daftar dulu. Macam pegi oversea pulak kena daftar. Baru tau.Hik2...kata 1st time.

Sampai sana, lepas makan terus buat keje yang sepatutnye. Yela datang untuk bekerja. Tak kan nak curi tulang kot. Habis buat keje around pkul2 macam tu. Tak lama pun. Lepas tu...da tak buat keje langsung. Geram la jugak, sebab pegi Sabah sebab keje, tapi orang tolong bawak kami (contactor yg company hired untuk buat keje) bawak pegi jalan2 pulak.

Bukan la kata tak suka, tapi...susah hati la sebab time keje bole pegi jalan2 makan angin. 1 st place kami pegi sini.


Monsopiad Cultural Village


Kami masuk ambik pakej RM25. Seriouslyla, rasa tak worth it la dengan bayaran yg dikenakan. Sebab tempat ni tak terjaga. Lagi 1 orang yg tak minat sejarah, memang rasa macam tak sabar nak balik je. Ok tengok la pictures kat bawah ni. Malas nak explain banyak pasal tempat ni. Biar gambar yang bercerita..

Siti tengah test menyumpit (gaya da ada tapi tak berjaya pun...haha)




 Hee...tengok mat salleh ni...sikit lagi nak terjatuh :)

Atas tu tengkorak manusia tau

Ok, lepas balik dari sini kami makan & terus balik hotel. Kami stay dekat hotel klagan. Tak jauh dari pasar Filipina. Petang dalam pukul 6 macam tu kami ambik kesempatan untuk pegi pasar Filipina. Sebab kawan suggest pegi sini. Tapi kecewa sebab harga kat sini jauh lebih mahal dari pasar malam yang ada dekat situ...menyesal tak jalan2 dulu. Dekat sana dapat la beli sikit souvenir utk family & diri sendiri.




Day 2

Lepas breakfast dekat hotel, kami pergi ke Cawangan Perdagangan Sabah. Saje nak kenal2 dengan bahagian pemasaran RTM Sabah. Sebab tugas sy ada kaitan dengan mereka. Lepas pegi sana, sepatutnya sambung keje lg, tapi kami dibawa pegi rumah terbalik pulak. Heh... ni betul2 bukan keje, tapi vacation, holidayyy...Ok tengok la gambar kat bawah ni. Masuk RM10 ok. Pada sy biasa2 je tempat ni. Tapi kalau nak kumpul koleksi tangkap gambar pelik2, datang la sini.

Rumah Terbalik




Lepas habis lawatan ke sini, kami terus ke airport.

Overall, Sabah is nice place to visit especially laut dia yg cantik & if i come here again, i wish can go any island yg cantekkk...i wish2 :)

Sekian...


Saturday, 13 April 2013

Yeah..da berjaya naik kapal terbang

Assalammualaikum...

After 26 years, baru last week dapat naik flight...yeahhh :).H.E.P.I
At first memang excited jugak la, but than bila tahu kena wake up early, rasa macam malas pulak.
Flight pukul 6.50 am, tapi sebab bos nak ambik seawal pkul 4 am, so kena la wake up awl 45 minit...awal sangat bangun. Da la malam tu tak bole tido. Tension tau..

Da sampai awal, tempat check in pun  tak bukak lg.heh...terpaksa la menunggu lama dekat airport subang tu.
Around 5.30 am  baru dia bukak kalau  tak silap. Pagi2 lagi da tak cukup tido. Tapi semangat sangat nak pegi sana sebab Cik Eri yang akan jemput dekat airport penang :)

So far, naik firefly rasa biasa je. Macam naik bus je. Cume kena bangun awal & perjalanan sangat singkat. Ada pro & contra. Kalau dari LCCT, lagi la kene bertolak awal...heh...malas mak jemah.

Untuk pegi ke penang, kami tak kelam kabut, tapi nak balik tu memang kelam kabut sangat sebab da lewat pegi airport. Tapi nasib sempat check in...lepas check in bole pulak kami makan2 lagi..
Boarding time 9.10pm, departure time 9.40 pm. Kami masuk departure hall pukul 9.20pm...hii bijak kan.sampai kena panggil nama. So,conclusion nye kena ingat...

Boarding time means the time you BOARD the plane, the time that boarding STARTS as usually. Kalau semua da naik flight, tinggal sorang je tak naik.Bole kena tinggal agaknye...huhu...scary ooo...tiket mahal

Lagipun, kawan kata kalau semua da check in and flight pon dah ada, memang die akan bertolak awal. n balik ke Subang dari Penang memang kami bertolak 10 minit lebih awal.

Tak pa lah, ni pengajaran. Learn form mistake ok :)

Okla...setakat di sini je...lepas ni da tak teruja naik flight lagi  :)

 After check in

 Stewardess tanya nak mana, i tamak ambik biskut n kacang.hiii

Budak ni da mengantok sangat tapi still bole senyum ok!!


T.A.T.A

Wednesday, 27 March 2013

Laporan Projek dah jilid :)

Alhamdulillah, berkat kesabaran akhirnya Kertas Laporan Projek untuk layak dianugerahkan sarjana dah siap di jilid...
Hepi sangat2
 Thanks a lot to my parents, family, Cik Eri & all my friend
Hanya Allah saja mampu membalasnya :)





Now dah boleh berangan untuk konvo pulak :)

Sekian...

Haagen-dazs & KLCC

Assalammualaikum everyone...

Wah da lama sangat rasanya tak update blog. Ni sebab pemalas punya pasal.kih3
Oklah, semalam lepas habis kerja niat utama nak beli tiket balik kampung. Otw dalam LRT, call Lyn tanya tempat beli tiket transnasional. Lyn memang ada mention yang kaunter trans ada dekat Kl Cntral, tapi hari tu pernah cari tak jumpa plak. Kebetulan pulak Lyn otw ke Kl Cntral, so kami plan jumpa dekat sana & Lyn nak tunjuk tempat tu. Tapi geram betul bila smpai dekat kaunter trans dia boleh cakap tiket ke Hutan Melintang tak ada dalam sistem. Malas nak bertekak panjang, so beli jela ke Teluk Intan, so duit tiket pun kena bayar extra...huwaa...menbazirr :(

Okla, lepas solat & makan dekat Kl Cntral, kami terus pegi KLCC.Tujuannya untuk redeem voucher ni :)


1st time masuk Haagen Dazs ni. Seriously bila tengok harga aiskrim dekat sini rasa tak pegi da lepas ni. Mahal kot. Unless la kalau ada orang bagi voucher or belanja aiskrim ni, kalau tak, makan aiskrim pop pun sedap.hihi...Sampai dekat kedai ni, dia orang suruh pilih perisa. Actually tak tau nak pilih perisa apa. Than tanya staff dekat situ. Die suggest cookies & vanila cream. Bole la tahan sedap jugak. Yang buat kita rasa terkagum sekejap bila staff tu pecahkan ais. Ingatkan kenapa, rupanya sebab nak letak ais tu dalam beg yang disediakan.Macam gambar bawah ni. Eh ais tu lambat cair tau..so aiskrim ni tak cair time kami nak makan tu.

Nampak eksklusif, sesuaila dengan harganya 


Lokasi untuk makan aiskrim ni dekat tasik Klcc sambil menikmati lampu warna-warni dalam tasik tu. Tempat yang kami pilih tak strategik, tapi dapat tengok betul2 dekat lampu dalam tasik tu, cume yang tak bestnya air pancut yang ada kat dalam tasik tu memancut lebih2 pulak.Sampai kena tahan gune payung.kih3..

Lastly, just nak bagi tau...for me aiskrim ini lambat cair, padat n sedap jugak. Boleh la kalau banyak duit sesekali rasa aiskrim ini. InsyaAllah worth it.  Ok ini gambar-gambar dekat tasik untuk tatapan semua.

  Lyn & Me

Cantik kan lampu & air pancut ni. Hampir2 hp kena air.kih3 


Sekian...

Wednesday, 20 February 2013

Jalan2 Setia City Mall & Shah Alam

Hi...everyone..

Last Sunday, sempena dengan keputerian saya, cik eri dengan patuhnya mengikut arahan untuk pergi ke Setia City Mall. Sebelum nak keluar tu, sempat jugak la google shopping complex yg best  n before ni memang ada dalam list nak pegi sana. Kebetulan bila google, ada yg bagi respond kate tempat tu best. So, bile nak msuk kereta tu, ckp la  nak pegi sane. Cik Eri pon gune la Gps utk kami ke sane. 

Sepanjang perjalanan tu sunyi sepi je. xde bual2 pon. Geram sebenarnya dengan die. Sebab hari sebelumnya sepatutnya keluar, sampai merajuk tak makan. Lepas tu lapa la malam tu. Then tak bole tido sambil nangis2 macam budak kecik yg comel.ngeh2...Pagi tu bengkak2 la mata.haha...tak ckup tido + nangis. 

Perjalanan dr KL ke Setia City Mall ni xde la jauh sgt. Sekejap je da sampai. Sampai sana je, kami terus cari tempat makan. Actually teringin nak makan dekat Restoran Full House tp bila kami tengok depan restoran takde tanda Halal n menu2nya macam xberapa yakin. So, tak jadi la makan sana. Jadi, kami pon makan di tempat favourite Cik Eri. Ohh..die sangat teruje makan di Nandos.

Makan-makan kat nandos ni ambik mase lame jgk. Ikutkan memang nak spend time lame sikit dekat nandos ni. Yela, lepas ni jarang jumpa da. So, nak sembang banyak2la. tp i feel mcm nak marah je bila ada pekeje dekat situ yang nak suruh komen dekat fb...than Cik Eri pon layan jela budak tu. Lame pulak tu.sangat2 mengganggu kami yg tengah sembang ni. Ni bukti yg die kena bg komen tu :


Lepas je Cik Eri bagi komen, kami terus keluar dari Nandos ni. Sebab rase bengang je duduk situ lame2. So, kami pon jalan2 menikmati kedai2 yg ada di sana. Eh ayat!!! menikmati? memang nikmat sangat la datang sana. At first, memang tak ramai orang. Bila da masuk tengah hari, orang makin ramai, kami ni masuk banyak kedai, usha2 barang, than keluar. Bila sejuk sangat, keluar dari mall ni. Sambil tu Cik Eri dipaksa untuk menjadi photographer yang tak dibayar.haha... :) Bila rasa panas, masuk mall balik. Lepas solat je, kami mencari-cari donut big apple. Actually, memang hari tu terpikir da lame xmakan donut ni, then ternampak someone beli donut, so kami pun lawan cari kedai big apple. Yang menang mesti la besday girl. Hihi...beli donut pon 2 ketul je. Tp nasib la beli 2 ketul je. Sebab lepas tu kami beli lagi makanan dekat food court. Heh... makan2 je kejenye. One thing about kami berdua is both suka makan and kalau kami keluar, pasti akan makan lebih dari sekali...Tapi malangnye Cik Eri tetap xgemokkk jugak. Haha...



Duduk dekat food court ni best jugak. Sebab dapat tengok view kawasan Setia City mall ni. Tenang je tempat ni tau. Eh lupa nak bagitau, mee tu sedap la. Sampai habis Cik Eri makan.Hehe... Lepas makan and solat kami bertolak balik ke Shah Alam. Pukul 6 petang baru balik sedangkan kami sampai sana pukul 11 pagi lagi . Huh...lame gler rasenye.

Actually nak pegi jalan2 dekat tasek utk makan lagi. Haha...makan my favourite food...Kopok leko, tapi memandangkan hujan, terpaksala batalkan hasrat tu. So, kami pon pegi ke giant. tak plan langsung pegi giant, tapi tiba-tiba teringat nak beli barang, so kami pon shopping skjap. Lepas pegi giant, pegi makan lagi. Kali ni dekat Rafi Bistro Sek13. Time ni serius da kenyang, so kami order air sambil makan roti ape ntah. Tp xsedap pon n Cik Eri kena jadi mangsa untuk habiskan. Tapi die pon tak mampu.huhu...membazir sungguh...

Sepatutnya, lepas makan kat sane, Cik Eri nak hantar terus balik, tapi tab die habis bateri plak. So die balik sekejap utk cas tab ni. Tab ni penting nak tengok GPS balik ke rumah. Die takot xreti balik rumah die selepas hantar besday girl ni. Nak tak nak balik dulu cas tab. Besday girl duduk dalam kete layan lagu jiwang sementara tunggu Cik Eri solat n cas hp...

Sepanjang Cik Eri hantar balik, kami sembang tak henti-henti. To be honest, saya tersangat la sedih. Sedih sangat. Sebab Hairie da nak balik Penang. Nak kerja sana. Pastinya kami akan jarang jumpa lepas ni. Rasenya ni la 1st time, perasaan sedih sangat bila berpisah. Yes!...kami terpaksa berpisah sementara sebab masing2 ada komitmen untuk berjaya dalam kerjaya masing2...

1 je harapan saya, agar hubungan ni berkekalan walaupun Hairie jauh di sana..& saya sentiasa menunggu saat tu. Semoga Allah permudahkan urusan kami. Ameen...Sekian

Tuesday, 12 February 2013

Dear Allah, 
I need you every second,every minutes, every hours, every day,every week, every month, every years and FOREVER....Ya Allah ♥

Sunday, 3 February 2013

Pindah lagiiii

Hari ini kena pindah lagi. Mm...terpaksa menyusahkan kakak lagi. Maklumla...budak ni xreti bawak kereta even ada lesen kereta + motor...lesen tu elok gantung je kn...ambik mahal2 tapi  tak guna pon. hoho...takot la nak bwak.tak confident lagi. But i know, 1 day, i force to drive by myself. Mr. Jimi kata kriteria wife mesti pandai bawak kereta...oh...tak pernah dengar orang lain ada kriteria macam tu kan... :P btw hairie...nanti saya pun ada impian untuk ada kereta sendiri n mesti la kene pandai bawak n saya percaya tak kan nak  bergantung pada awak je...eceh...(tapi tak tau bila tau, doakan ye).

Friday, 1 February 2013

Cuti panjang da habis :(

Assalammualaikum...

Oh...tomorrow going back to selangor :(.
Since Mr. Jimmy dah tak ada dekat S.Alam, rasa tak happy nak balik. Erm jauh pulak die kali ini. Tapi hidup kena teruskan jugak with new job, new commitment n of course new chapter in my life..Kerja baru, semangat baru...Yeahh!!!

Dear Anim,
"The beginning is always the hardest, don't give up ok"

Even the new job is not totally your passion, try the best, do the best. Try to control your stress. you can do it!!! Heh...ni la advice paling selalu untuk diri sendiri. 

Petang tadi, termenung sekejap depan pintu..tengok kawasan rumah, rindunye nanti bila dah kerja. Dah la bila tengok kalendar, susah nak dapat cuti panjang. Ditambah dengan annual leave 8 hari aje. oh...pity to me. Dulu dekat APSB, dapat 18 AL.See difference 10 days.
Hey girl,...u ni always homesick la!!! Yeah...i admit that :(
My hometown is the best place..tenang

Sebab tu la nak mintak kerja dekat Perak. Senang nak balik.Tak jauh dari kampung. Tapi rezeki kerja dekat Selangor. At first, memang da plan tak akan ambik kerja ni. Than, bila pergi interview GDEX pun dapat jugak kerja. Time ni la start serabut fikir. nak accept yang mane. Rezeki datang sekali dua. Kalau tolak dua-dua, takut lambat lagi dapat kerja.Dilemma sangat at this time + mak nak suruh kerja GDEX at first, than tanya Robi, die prefer kerja yang ni sebab die yang suggest dekat bos tu. Arghhh...me?? sekejap GDEX sekejap RSSB. Mr Jimi macam suruh GDEX je.Memang Istiharah is the best, but i cant do it at this time. So ikut kata hati n mak cakap, pilih tempat yang senang pergi n tak bahaya. So bila pikir scary nak lalu sebelah kilang n sebelah parit besar tu...terpaksala reject offer GDEX. Sebab terbayang malam2 nak lalu situ...oh tidak...

Actually, takut nak memulakan sesuatu yang baru.Kena berlatih dari A. itu yang tak best. Ini la yang dinamakan "learning proses" kn?..Harap-harap my new colleague ok la. Ajar dengan ikhlas, than baru bole dapat ilmu tu dengan baik. Cewah...dulu? oh...forget it!! oh  Damansara. Jammed...jammed!!

Harapan kerja baru,
  • Dapat buat kerja dengan baik
  • Tak mo stress2 da
  • Bila balik kerja, lupekan pasal kerja sekejap, ok tak? try to do it
  • Happy kerja dengan semua orang
  • Yang penting ENJOY with the new work...yeahh
  • Pindah pun kalau dapat offer jadi 'lecturer' or married :P (Jangan berhenti lagi ye, cuba bertahan sikit, mana ada kerja yang senang kn?)
Betul tu, Love what you do !!

Yang paling pasti cabaran pasti ada n Mr Jimmy da jauh dekat Penang :(
"Hairie...im waiting you everyday n if im busy, please remind me...

Pesan mak tadi: Walau busy macam mana pun, jangan lupa baca Quran setiap hari. InsyaAllah mak. Anim akan ingat pesan mak tu...sedih pulak tiba-tiba...sob3

Ok cukup setakat ini...Wassalam.